Biografi Al Farabi beserta karya dan pandangannya
Biografi
Nama sebenarnya al-Farabi adalah
•Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Bin Tarchan.
qDi barat al-Farabi dikenali dengan:
•Alfarabius
•Avennasar
qBeliau dilahirkan di Wasij di daerah Farab, Transoxiana, Turki
qDilahirkan pada sekitar tahun 257-339H bersamaan dengan 870-950M, dalam zaman Khalifah al-Muti’illah ‘ala’llah
qAyahnya seorang jendral
berkebangsaan persia dan ibunya berkebangsaan turki.
qBeliau meninggal dunia semasa pemerintahan Abu
al-Qasim al-Muti’llah pada tahun 861-945M di Damsyik atau nama lainnya Damaskus.
Kehidupan dan Pembelajaran
v Al-Farabi
telah menerima pendidikan awal di Farab dan juga di Bukharah
v Al-Farabi
telah didedahkan dengan berbagai ilmu pengetahuan sejak kecil lagi.
v Al-Farabi
berhijrah ke Baghdad untuk melanjutkan pelajarannya dan ilmu yang pertama
beliau pelajari adalah ilmu mantiq (ilmu logika) dari gurunya bernama Abu Basyar Matius Ibn Yunus.
v Setelah
itu, beliau berhijrah ke Harran dan mempelajari bahasa Arab dari gurunya
bernama Abu Bakar Ibn as Sarrj.
v Kemudian,
beliau kembali ke Baghdad untuk mempelajari ilmu falsafah.
v Di
baghdad, al-Farabi telah mempelajari berbagaii bahasa. dengan itu, beliau mudah menerjemahkan karya asing dalam Bahasa Arab.
v Di
sana al-Farabi menetap selama kurang lebih 30 tahun. Ia gunakan untuk belajar
filsafat, matematika, kedokteran, dan bahasa Arab.
v Di
samping itu, beliau juga telah membuat beberapa ulasan tentang karya-karya
Falsafah dari Yunani seperti karya Plato dan Aristoteles
v Al-Farabi
juga pernah menjadi seorang hakim ketika di Damsyik, tetapi beliau mendapati
kerjaya itu menjadikannya jauh dari masyarakat. Jadi beliau bertukar untuk
menjadi guru.
v Pada
tahun 330 H/942 M, ia pindah ke Damsyik karena mendapat undangan dari
pemerintah Syi'i Hamdanid, Sayf ad-Dawlah
v Dalam
kesibukan menjadi penasihat, beliau sempat menghasilkan berbagai buku.
v Di
dapati terdapat 100 buku hasil tulisan beliau.
v beliau juga telah menyumbangkan kepada penulis
ilmu matematika, sains, perubatan dan juga musik. Sumbangan terbesar beliau
adalah dalam ilmu logika. Karena beliau telah menerjemahkan buku hasil tulisan
Aristoteles dan uraian yang beliau berikan sangat mengagumkan dan mudah untuk
dipahami.
Karya AL FARABI
Karyanya
di bidang logika antara lain:
ü "At-
Tawti'a fi al-Mantiq", diedit oleh M. Turker dengan terjemahan bahasa
Turki (Ankara-1958 M).
ü "Introductory
Section on Logic". Edisi bahasa Inggris oleh D.M. Dunlop (1955 M), sedang
edisi bahasa Turki oleh M. Turker (Ankara-1958 M).
ü "Treatise
in the Canons of Art of Poetry". Edisi bahasa Inggris oleh A.J. Arberry
(1938 M), sedangkan teks bahasa Arabnya dicetak ulang oleh A. Badawi
(Kairo-1953 M).
Karyanya
di bidang fisika antara lain:
q "On
Vacuum", yang diedit dalam bahasa Inggris dan Turki oleh Necati Lugal dan
Aydin Sayli (Ankara-1951 M).
q "
Against Astrology" yang diedit oleh F. Dieterici (Leiden-1890 M.) sedang
terjemahannya dalam bahasa Jerman terbit tahun 1892 M.
q "De
Intellectu" ("Fi'l Aql"). Untuk buku ini terdapat edisi kritik
oleh M. Bouyges (Beirut-1936 M), sedang versi bahasa Latinnya dikerjakan oleh
E. Gilson (1929 M).
Karyanya
dalam bidang metafiSika antara lain:
ü "About
the Scope of Aristotle's Metaphysics" yang di edit dan diterjemahkan dalam
bahasa Jerman oleh F. Dieterici.
ü "On
the One" ("Fi al-Wahid wa al-Wahda"), yang edisi kritik dan
terjemahannya dalam bahasa Inggris dikerjakan oleh H. Musntaq.
Karyanya dibidang Musik
ü beliau telah mencipta satu jenis alat musik yang
dikenali sebagai gambus.
PANDANGAN Al
FARABI
Kemasyarakatan
Menurut Al- Farabi,
masyarakat itu terbagi menjadi dua jenis:
v Masyarakat sempurna
Masyarakat besar
kumpulan terbesar antarabangsa (international)
Masyarakat sederhana
yang wujud di dalam kumpulan manusia yang tinggal dalam sebuah wilayah
Masyarakat kecil yang
wujud dalam kumpulan manusia yaitu penduduk kota
v Masyarakat tidak sempurna
Kumpulan manusia yang
tinggal di desa-desa, kampung-kampung, pinggir-pinggir bandar yang mana jauh
dari kota dan bandar.
Al- Farabi menyatakan
bahawa penyatuan perlu dalam sebuah negara kerana setiap kelompok masyarakat
itu memerlukan bantuan antara satu sama lain untuk mencapai kesejahteraan dan
kebahagiaan.
Politik
Menurut Al –Farabi,
melalui pandangannya mengenai politik yang diuraikan secara panjang lebar dalam
kitabnya yaitu Ara’ Ahl Al-Madinah Al- Fadilah bahawa politik menduduki tempat
terpenting dalam negara.
Al- Farabi berpendapat
bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai bentuk tindakan, cara
hidup, watak di posisi positif dan akhlak.
Dalam membicarakan teori
politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang
padu.
Menurut Al- Farabi,
seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya dari sains dan
politik.
Negara
Negara yang paling baik
menurut Al- Farabi dipanggil negara utama.
Al-Farabi berpendapat
negara utama adalah sama dengan tubuh badan yang sehat.
Pemimpin
Beliau menyatakan
pemimpin merupakan individu yang penting dalam pembentukan sebuah negara.
Beliau juga menyatakan
pemimpin merupakan seorang tokoh falsafah.
Al- Farabi menyatakan
yang seseorang pemimpin itu perlulah sempurna dari sifat fisikal serta mental
moralnya
Bagi yang ingin menjadi
ketua negara atau pemimpin, Al- Farabi meletakkan 12 syarat utama yang harus
dimiliki.
1. Sehat anggota tubuh
badan
2. Baik pemahaman dan
pemikiran
3. Cerdik dan bijak
4. Bahasa yang lembut dan
baik
5. Mencintai ilmu
pengetahuan
6. Tidak ghairah kepada
makan, minum dan perkawinan
7. Mencintai kebenaran dan
membenci penipuan
8. Berjiwa besar dan mulia
9. Tidak mencintai harta
dan kebendaan
10.
Bercita-cita tinggi , berani dan tidak lemah mental
11.
Adil dan tidak sukar untuk memimpin
12.
Cintakan keadilan dan benci kezaliman
Perbuatan
Salah satu pandangannya
yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak
dalam kehidupan manusia.
Beliau pernah menulis
tentang pentingnya pengobatan menggunakan kesan musik terhadap jiwa. Oleh
karena itu Al- Farabi lebih dikenal tabib jiwa daripada dengan tabib jasad.
Falsafah
Al-Farabi mendifinisikan
falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang
ada ini.
Beliau juga berpendapat
bahawa tidak ada penentangan antara falsafah Plato dan Aristoteles
yang lain pemikirannya
tetapi hakikatnya mereka bersatu dalam tujuannya.
Kehidupan
Beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat
semula jadi manusia, mana kala pertarungan yang berlaku antara manusia
merupakan gejala sifat semula jadi tersebut bagi Al-Farabi, kebahagiaan adalah
dicapai melalui pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan Tuhan dalam
hubungan akal.
Al-Farabi berpendapat bahawa kebahagiaan hakiki tidak
mungkin dapat diperoleh sekarang yaitu di dunia ini tetapi sesudah kehidupan
sekarang yaitu akhirat.Al-Farabi menjelaskan bahawa roh dan amalan sahaja tidak
akan mampu untuk mensucikan seseorang dan mengangkatnya ke arah kesempurnaan
tetapi juga memerlukan fikiran dan amalan renungan.
Comments
Post a Comment